Dengar Suria

Sukan

Pasangan tinggalkan BAM tamatkan kemarau 22 tahun muncul juara Terbuka Jepun

PASANGAN beregu badminton lelaki tanah air, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan perjalanan indah pada Terbuka Jepun di Yokohama Arena dekat Yokohama, Jepun apabila dinobatkan juara pada Ahad, sekali gus menamatkan penantian negara selama 22 tahun di kejohanan itu.

Sze Fei-Izzuddin yang juga merupakan wakil tunggal Malaysia di pusingan final Terbuka Jepun menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-15.

Set pertama menyaksikan pasangan nombor 12 dunia itu saling menguji kemampuan juara dunia itu, mengutip mata demi mata sehingga mereka terikat 18-18.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%