Dengar Suria

Sukan

Pasangan suami isteri wakil pertama Malaysia mara suku akhir, Jin Wei dan Justin tersungkur BAC2025 

PASANGAN beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi wakil Malaysia pertama menempah tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia 2025 (BAC2025) yang diadakan di Ningbo, China pada Khamis (10 April).

Gandingan suami isteri itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk menumbangkan pemain Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-17, 21-14 dalam masa 39 minit sahaja di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.

Kemenangan berkenaan menetapkan pertembungan lapan terakhir menentang Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dari Indonesia pada Jumaat. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%