GANDINGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya menjinakkan pasangan dari Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai sebelum mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Wakil kebangsaan tersebut mudah menjinakkan lawannya dalam set pertama namun, ketika di set kedua, pasangan yang digelar ‘Little Gangsters’ itu diasak bertubi-tubi oleh pasangan USA tersebut.
Rentak permainan Tang Jie- Ee Wei sedikit terganggu sekali gus membiarkan lawannya mencuri mata sehingga mendahului 13-16 tetapi mereka pantas mengubah corak permainan untuk menyamakan kedudukan 20-20.