“MEMANG benar, Tan Sri Hamidin Mohd Amin semakin kurang popular.”
Itulah ungkapan daripada pemerhati sukan tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang berpendapat bahawa Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini tidak relevan untuk menerajui badan induk bola sepak tanah air itu.
Dia berpendapat sedemikian kerana di bawa tampuk kepimpinan Hamidin, skuad Harimau Malaya ketika ini masih berada dalam prestasi yang tidak membanggakan.