TIDAK boleh dinafikan bahawa Pahang Rangers merupakan pasukan futsal terbaik yang sedang menguasai sukan terbabit beberapa tahun kebelakangan ini.
Musim ini, pasukan kendalian Gerard Casas itu ‘menyapu’ bersih kedua-dua kejohanan peringkat domestik, iaitu Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) serta Piala Futsal Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, pasukan berkenaan turut mempunyai potensi tersendiri di peringkat lebih tinggi apabila mereka mara ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023.