TERENGGANU FC (TFC) belum menerima sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan bantahan kelab itu terhadap mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia, 8 Disember lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSC), Mohd Sabri Abas berkata, pihaknya telah menghantar surat bantahan kepada badan induk itu pada 11 Disember lepas, bagi meluahkan kekecewaan terhadap kelemahan prestasi pengadilan perlawanan akhir melibatkan TFC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beliau berkata, walaupun bantahan berkenaan tidak dapat mengubah keputusan perlawanan, ia diharap dapat menambah baik dan meningkatkan mutu pengadilan bola sepak terutama pada perlawanan penting.