SELANGOR FC terus memperkukuh barisan serangan menjelang saingan baharu Liga Malaysia apabila menaikkan penyerang muda Afghanistan, Omid Musawi ke skuad utama daripada pasukan Bawah 23 Tahun (B-23).
Musawi, 24, yang terkenal dengan kepantasannya di atas padang, menyertai skuad pembangunan Red Giants pada Oktober tahun lalu dan kini bersedia membuktikan kemampuan bersama pasukan utama.
Langkah itu dilihat sebagai usaha Selangor untuk menambah sengat di jentera serangan, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi bagi menghadapi cabaran musim baharu.