KELAB Arab Saudi, Al Hilal dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menandatangani Neymar.
Pemain antarabangsa Brazil itu, yang akan menandatangani kontrak selama dua tahun, dikhabarkan menjalani pemeriksaan kesihatannya pada Isnin dan dijangka menyelesaikan perpindahannya ke kelab Arab Saudi itu dalam tempoh 48 jam akan datang.
Sumber yang rapat dengan PSG berkata kelab itu bersedia menerima sehingga £86.3 juta (RM505 juta) untuk ‘melepaskan’ Neymar.