MENGHITUNG beberapa jam lagi sebelum Harimau Malaya menentang pasukan kebangsaan Nepal, perang psikologi sudah dilancarkan oleh penyokong skuad The Gorkhalis apabila meletakkan logo kontroversi pada poster perlawanan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh laman penyokong pasukan berkenaan, GoalNepal.com pada laman Twitter (X) menyaksikan logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditukar dengan gambar harimau kaki berbalut.
Selain gambar harimau berbalut, laman penyokong pasukan di ranking ke-175 dunia itu juga mempersenda nama FAM dengan menukar kepada Persatuan Kena Sepak Malaysia pada pada logo berkenaan.