TIMBUL persoalan dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan status penyerang pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhd Syafiq Ahmad menjelang perlawanan menentang Harimau Selatan pada Jumaat ini.
Kedah dijadualkan akan melayani kunjungan JDT di Stadium Darul Aman, Alor Setar dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA.
Persoalan mengenai status Syafiq Ahmad itu timbul disebabkan sebelum ini mana-mana pemain pinjaman JDT tidak dibenarkan beraksi menentang Harimau Selatan atas faktor tertentu.