TIADA angin tiada ribut, nama tonggak tengah Sabah FC, Stuart Wilkin mencuri tumpuan penyokong Borneo itu apabila dikhabarkan akan meninggalkan kelab tersebut dalam masa terdekat.
Ia berikutan selepas satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook mendedahkan bahawa kontraknya bersama Sabah FC akan tamat pada 30 November 2024.
“Kontrak Stuart Wilkin akan tamat pada 30 November ini, belum ada sebarang kenyataan dari pihak pengurusan Sabah FC untuk sambung kontrak pemain ini.