PENYERANG England, Harry Kane dilaporkan ‘terbuka’ untuk meninggalkan Bayern Munich dan menyertai Liverpool sekiranya dua syarat utama dipenuhi, ketika Arne Slot merancang ‘pembelian mengejut’ untuk memperkuat skuadnya.
Tonggak England itu meninggalkan Tottenham Hotspur pada musim panas 2023 untuk menyertai Bayern Munich dengan nilai sekitar £86 juta (RM473 juta).
Keputusan itu dibuat bagi meningkatkan peluangnya meraih kejuaraan dan setakat ini, Bayern berada di landasan terbaik untuk menjulang trofi Bundesliga dengan kelebihan enam mata di hadapan Bayer Leverkusen.