HARIMAU Malaya bakal memulakan cabaran dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan pertemuan berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Selasa depan.
Pasukan di tangga ke-175 dunia itu dijangka tidak akan menyediakan ujian terlalu getir buat skuad kebangsaan yang mahu melangkah ke kejohanan itu buat edisi kedua berturut-turut.
Kejayaan berbuat demikian sudah tentu akan sedikit mengubati kedukaan penyokong yang gagal menyaksikan negara layak ke Piala Dunia buat kali pertama meskipun memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan.