BEKAS fisioterapi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Helber Richard mendakwa masih belum menerima gaji selama lapan bulan daripada kelab tersebut meskipun telah mencapai persetujuan penamatan kontrak pada Disember tahun lalu.
Richard, yang berasal dari Brazil sudah berkhidmat dalam arena bola sepak Malaysia selama lapan musim, termasuk bersama Felda United, Selangor, dan Kedah. Dia menyertai Kedah pada 2023 atas jemputan bekas ketua jurulatih, Nafuzi Zain dalam projek selama dua musim.
“Saya menandatangani kontrak dua tahun dan kemudian melanjutkannya sehingga 30 April kerana perubahan kalendar liga. Pengalaman di Kedah sangat menakjubkan. Alor Setar bandar yang indah, penyokongnya luar biasa, dan pasukan ini seperti keluarga. Namun, kewangan kelab tidak stabil,” katanya kepada Majoriti.