DALAM misi mengurangkan kos perbelanjaan pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil keputusan melepaskan beberapa pemain yang dirasakan tidak lagi memberi sumbangan buat mereka.
Antara yang diumumkan tidak akan lagi bersama pasukan Selatan tanah air tersebut ialah bek tengah, Adam Nor Azlin dengan dia hanya diletakkan dalam skuad simpanan beberapa tahun kebelakangan ini.
Kesukaran mendapatkan minit permainan secara kompetetif jelas memberi kesan buatnya kerana tidak lagi diberikan peluang beraksi dalam pasukan negara sejak kali terakhir berbuat demikian pada 2019.