KEJAYAAN Sabah FC menjadi pasukan bola sepak wanita pertama negara melepasi pusingan kelayakan untuk mara ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL) pada musim lepas.
Meskipun skuad The Rhinos sekadar mengutip satu mata dalam saingan peringkat kumpulan AWCL, ia masih menjadi kenangan manis buat Sumandak Sabah kerana pengalaman beraksi di peringkat tertinggi tidak boleh dijual beli.
Dengan kejayaan sebegitu, tidak keterlaluan untuk mengatakan negeri berpangkalan di Borneo tanah air berkenaan merupakan ‘kilang’ untuk mencari lebih banyak pelapis dalam bola sepak wanita.