AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) berpegang kepada prinsip untuk tidak memanjakan pemain yang disifatkan boleh memberi kesan negatif terhadap mereka dalam mana-mana kejohanan disertai pada masa akan datang.
Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky berkata, pendekatan memanjakan pemain boleh ‘membunuh’ karier atlet itu dan pada masa sama mempengaruhi ketahanan mental selain merencatkan proses pembangunan skuad kebangsaan.
Beliau berkata, kata-kata semangat kepada atlet biarpun sering menampilkan aksi kurang memberangsangkan dalam mana-mana kejohanan juga mampu memberikan kesan jangka panjang yang tidak baik kepada mereka.