KEHADIRAN dua penyerang muda, Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee nampaknya bukanlah solusi kepada ketumpulan barisan serangan Manchester United meskipun mereka hadir dengan yuran perpindahan besar.
Pelaburan mencecah €116 juta (RM556 juta) yang dihabiskan buat kedua-dua pemain itu nampaknya masih belum membuahkan hasil dengan hanya lima gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dijaringkan mereka musim ini.
Jadi, menyedari pulangan tidak berbaloi itu, Manchester United dilaporkan bersedia melepaskan Hojlund dan Zirkzee pada jendela perpindahan akan datang dalam usaha meraih dana bagi membawa masuk penyerang baharu.