MANCHESTER United telah mengeluarkan respons ‘menakutkan’ terhadap tawaran pertama Napoli buat Alejandro Garnacho, ketika kelab Serie A itu sedang mencari pengganti Khvicha Kvaratskhelia, menurut laporan media antarabangsa.
The Red Devils ketika ini tidak menjalani separuh pertama musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baik, apabila pasukan Ruben Amorim kini berada di tempat ke-13 dalam liga selepas 20 perlawanan.
Bagaimanapun, United telah memberikan persembahan positif ketika menentang Liverpool dan Arsenal dalam dua perlawanan terakhir.