KEDAH Darul Aman (KDA) FC menangguhkan Johor Darul Takzim (JDT) daripada bergelar juara Liga Super musim ini apabila mencatat keputusan seri 3-3 pada aksi Liga Super ke-21 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.
Skuad Harimau Selatan yang mengidam sambutan kejuaraan lebih awal untuk melakar sejarah ‘Perfect 10’ dengan menjuarai Liga Super kali ke-10 berturut-turut bagaimanapun terpaksa menunggu sedikit masa lagi apabila mengumpul 61 mata selepas mengharungi 21 perlawanan liga musim ini.
Stadium Darul Aman menjadi saksi perlawanan yang penuh dramatik antara kedua-dua pasukan itu sekali gus melakar sejarah apabila Kedah satu-satunya pasukan yang berjaya mengikat Harimau Selatan dalam saingan musim ini.