SEJAK muncul dalam bola sepak Malaysia pada 2013, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa beberapa pemain yang berasal dari Singapura untuk menguatkan skuad mereka.
Nama-nama seperti Baikhakki Khaizan serta Shahril Ishak antara warga Temasik yang pernah beraksi untuk JDT.
Selain itu, nama legenda iaitu Fandi Ahmad merupakan antara pengendali awal yang mengemudi Harimau Selatan.