BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berpendapat yang Liga Malaysia tidak akan mati seperti yang ramai jangka akan berlaku.
Bercakap di media sosialnya, Annuar berkata Liga Super akan terus ‘bernyawa’ dengan pasukan perlu berbelanja secara berhemah untuk mengelakkan isu kewangan.
Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan yang Liga Malaysia akan terus ada walaupun pelbagai kelab mula menarik diri.