SELEPAS tidak tersenarai dalam dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada Jun lalu, kehadiran semula ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools ke kem latihan negara memberikan impak tersendiri.
Pemain kacukan Belgium-Malaysia itu tidak dapat menyertai kem di Kuala Terengganu, Terengganu pada Jun lalu kerana melangsungkan perkahwinan dan terpaksa digugurkan daripada tugasan negara.
Kemunculannya bersama Harimau Malaya mendapat pujian daripada penyokong kerana bek tengah itu menambah kualiit berbeza berikutan pengalamannya yang pernah beraksi di kelab Eropah sebelum ini.