SELEPAS memberikan sumbangan lebih empat bulan bersama Negeri Sembilan FC (NSFC), pemain sayap, Hein Htet Aung dikhabarkan bakal menabur bakti sekali lagi bersama pasukan berkenaan sebagai pemain pinjaman.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi yang mendedahkan bahawa penyerang muda itu secara rasmi dipinjamkan ke skuad Jang musim depan.
“Sah. Hein Htet Aung dipinjamkan ke NSFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” ciapnya.