Dengar Suria

Sukan

Lepas Rashford, Kobie Mainoo pula tidak gembira di kem Man United 

KEM Manchester United terus dilanda masalah melibatkan pemain mereka apabila terbaharu dilaporkan bintang muda, Kobie Mainoo pula dilaporkan tidak gembira dengan keadaan semasa bersama kelab tersebut.

Mainoo dilaporkan tidak berpuas hati dengan syarat awal yang ditawarkan oleh Manchester United untuk kontrak baharu. Ia boleh mengakibatkan dia mungkin dijual bulan ini atau kemungkinan besar pada musim panas akan datang.

Mainoo hampir melunaskan separuh daripada kontrak yang mengikatnya di United hingga Jun 2027, tetapi dia dipercayai mahukan perjanjian baharu bernilai £200,000 (RM1.12 juta) seminggu termasuk bonus yang menggambarkan statusnya sebagai pemain utama dan pemain kebangsaan England.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%