TONGGAK Sepanyol, Dani Olmo mendedahkan keinginannya untuk melanjutkan ‘sumpahan’ trofi Harry Kane dalan pusingan akhir Euro 2024 menentang England pada Isnin di Stadium Olimpik dekat Berlin, Jerman.
Sebelum ini Olmo pernah mengecewakan Kane dalam saingan Bundesliga apabila Bayern Munich tewas mengejut 0-3 pada Ogos kepada RB Leipzig, dengan pemain tengah menyerang Sepanyol itu menjaringkan hatrik dalam aksi akhir Piala Super Jerman.
Mengimbas kembali perlawanan akhir Euro 2024 yang akan datang, Olmo tidak menyembunyikan hasratnya untuk menggagalkan Kane sekali lagi dan bertekad untuk membantu skuad La Roja merangkul trofi Euro 2024.