SEBELUM ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa kapten skuad Gergasi Merah, Brendan Gan akan meninggalkan pasukan Lembah Klang itu selepas empat musim berkhidmat.
Meskipun sudah berusia 35 tahun, semangat dan staminanya setiap kali beraksi sukar dipertikaikan dengan pemain kebangsaan itu merekodkan 29 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Selangor FC.
Berdasarkan khabar angin, juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berminat untuk mendapatkan khidmat Brendan Gan dengan sikap kepimpinannya cukup berharga.