Dengar Suria

Sukan

Lepas Black, artis kelahiran Kedah ada ‘follower’ 6 juta antara 3 potensi besar bergelar duta KDA FC

PELANTIKAN tiga pempengaruh media sosial merupakan satu pendekatan strategik diambil Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam usaha mempromosikan penjualan kad keahlian The Wing dalam kalangan penyokong.

Salah seorang ikon dilantik kelab Utara tanah air itu ialah penyanyi tanah air, Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Keputusan pelantikannya sebagai duta pasukan merupakan langkah bijak memandangkan penggiat seni berusia 37 tahun itu lahir di Baling, Kedah, pasti dapat mencetuskan sentimen anak jati.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%