PRESTASI bek kanan Selangor FC, Quentin Cheng sering dipersoalkan meskipun dia menjadi pilihan utama bekas ketua jurulatih terdahulu, Tan Cheng Hoe.
Selain kerap tidak berada di posisi sepatutnya, pemain itu juga beberapa kali ditewaskan lawan dalam situasi ‘satu-lawan-satu’ sehingga menyukarkan rakan sepasukan.
Perkara tersebut menyaksikannya beberapa kali didesak penyokong untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah yang mahu kelab itu mendapatkan seorang pemain pertahanan lebih berkualiti.