NAMA bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menjadi bualan hangat di media sosial apabila tidak tersenarai sebagai calon Ballon d’Or 2023.
Pemain kebangsaan Portugal itu sudah lama tampil dalam senarai Ballon d’Or dengan penyertaan namanya bagi anugerah tahunan tersebut dalam kalangan calon sejak tahun 2004.
Selepas permulaan penuh kontroversi musim ini, dia menamatkan kariernya dalam kancah bola sepak Eropah apabila meninggalkan Manchester United dan berpindah ke Arab Saudi pada Disember lalu.