KEJAYAAN berhasil mengikat Syria dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 pada Rabu lalu membuatkan ramai penyokong berharap agar aksi cemerlang tersebut boleh diulang semula semasa menentang China nanti.
Meskipun pada awalnya Malaysia ketinggalan dua kosong pada aksi persahabatan edisi Ogos itu namun dua pemain gantian iaitu Akhyar Rashid dan penyerang, Darren Lok berhasil menyamakan kedudukan hingga wisel penamat berbunyi.
Jaringan gol dari pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar itu mendapat pujian daripada pelbagai penyokong sehingga jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah menggelarnya sebagai pakar perlawanan antarabangsa.