KESERASIAN antara pemain import, muda dan berpengalaman dalam Sabah FC merupakan antara kunci utama di sebalik kejayaan skuad Sang Badak di peringkat domestik dan Asia.
Mereka yang kini berada di tangga teratas Kumpulan H Piala AFC 2023/24 sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir Zon Asean dengan satu perlawanan berbaki.
Dalam saingan Liga Super pula, pasukan Borneo tanah air itu masih berpeluang untuk menamatkan saingan di tangga ketiga sekiranya mereka meraih tiga mata penuh dalam aksi terakhir menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC.