KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menurut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menghalang penularan wabak mpox di sekolah, menurut menterinya, Fadhlina Sidek.
“Untuk apa sahaja kes berkaitan isu kesihatan, virus atau penularan penyakit, kami akan bertindak berdasarkan panduan KKM,” katanya selepas menghandiri projek penyerahan di SMK Bagan Terap dan SK Sungai Hj Dorani di Sungai Besar, Selangor pada Isnin.
Ketika ini, negara sedang bersiap siaga berhubung penularan virus tersebut selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang isytiharkan wabak itu sebagai amaran di peringkat antarabangsa.