MEDIA Vietnam, TheThao247 menganggap kehadiran pemain naturalisasi kebangsaan, Endrick dos Santos ke negara itu adalah sesuatu yang istimewa.
Pada Ahad (11 Ogos), Endrick sah menyertai kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC secara pinjaman selama setahun dari kelab handalan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kehadiran Endrick dianggap istimewa selepas sekian lama Liga Vietnam tidak dihiasi kehadiran pemain dari Asia Tenggara.