Dengar Suria

Sukan

Khidmat masih diperlukan, misi besar menanti pengendali skuad sepak takraw negara

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan mengesahkan kontrak barisan kejurulatihan skuad negara yang diketuai Ahmad Jais Baharun dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi sehingga akhir Disember 2025.

Keputusan itu diambil susulan prestasi cemerlang kem sepak takraw negara sepanjang musim 2024 termasuk kejayaan muncul sebagai juara acara regu dan double di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei lalu, lapor Stadium Astro.

Kejayaan berganda turut direkodkan Ahmad Jais dengan membawa pulang gelaran juara acara regu dan naib juara berpasukan Piala Raja Thai, September lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%