PENYERANG sayap Sabah FC, Saddil Ramdani dalam bahaya susulan tindakannya yang didakwa mengkritik pengadil ketika perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC (TFC), yang berakhir dengan keputusan 2-2 pada Jumaat.
Pemain berusia 27 tahun itu meluahkan rasa kecewanya terhadap kegagalan The Rhinos mendapatkan tiga mata dengan Saddil juga seolah-olah berpendapat keputusan pegawai perlawanan meragut kemenangan pasukannya.
“Pengadil n**is. Kepimpinan kamu sangat merugikan kami (Sabah FC). Kami sepatutnya membawa pulang tiga mata penuh!” kata Saddil menerusi hantaran di laman Insta Story usai perlawanan tersebut.