KELAB bola sepak komuniti di Terengganu, Kerteh FC mengambil langkah lebih besar dalam usaha memperolehi dana, menarik sokongan penyokong dan meningkatkan capaian peminat baharu menerusi platform aplikasi digital terkini.
Presiden kelab, Mohd Razeman Mat Nashim berkata, Kerteh FC kini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat inovasi Teknologi Maklumat Sportexclub dari Minsk, Belarus dan sudah berada dalam fasa akhir untuk melancarkan aplikasi canggih itu dengan ia merupakan yang pertama dalam negara.
“Kita berharap dengan aplikasi canggih itu akan membantu kelab bola sepak Kerteh ini menarik dana tambahan selain meningkatkan jumlah capaian peminat baharu bukan sahaja dari sekitar Kerteh, malah dari seluruh negeri Terengganu dan juga dari seluruh negara”.