PERTAHANAN Liverpool, Virgil van Dijk kini berdepan potensi akan dikenakan hukuman yang lebih berat selepas menerima kad merah dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United.
Dalam aksi sengit melibatkan kedua-dua pasukan di St. James’ Park, Van Dijk dibuang padang pada separuh masa pertama selepas pemain tersebut menjatuhkan Alexander Isak.
Isak ketika itu sedang meluru ke pintu gol Liverpool untuk menjaringkan gol, dijatuhkan oleh Van Dijk yang merupakan pemain terakhir di barisan pertahanan The Reds.