Dengar Suria

Sukan

Kemenangan terakhir bersama Kedah tanpa kelibat reserve? Nafuzi berkaca rai jaringan bersama pemain

PERLAWANAN pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 melibatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC bermula dengan kontroversi apabila langkah promosi Sang Kenari untuk mengajak penyokong wanita hadir ke stadium menggunakan seorang lelaki berwatak lembut dan menyerupai perempuan mengundang kecaman ramai.

Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Kedah itu juga tidak penuh meskipun pihak pengurusan sudah melakukan pelabagai cara untuk menarik kehadiran peminat ke venue tersebut.

Menolak kontroversi yang berlaku itu, anak-anak buah Nafuzi Zain tersentak dengan jaringan awal oleh KL City selepas Ryan Lambert melepaskan rembatan padu pada minit ke-13 di luar kotak penalti.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%