PENGENDALI Johor Darul Takzim (JDT), Esteban Solari menyifatkan perlawanan dengan Sri Pahang sebagai persiapan yang baik bagi final Piala Malaysia bertemu Terengganu FC pada 8 Disember ini mengambil kira Tok Gajah merupakan antara pasukan yang kuat dalam saingan Liga Super.
Kemenangan 2-0 Harimau Selatan atas Sri Pahang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Ahad bukanlah mudah kerana perlu berdepan tentangan hebat sebelum dapat menundukkan skuad Pantai Timur itu.
“Sri Pahang memiliki pemain berkualiti di bahagian serangan, tengah dan pertahanan yang mereka berusaha memberikan persembahan 200 peratus apabila bertemu JDT di hadapan penyokong sendiri.