PELEDAK dari Brazil, Jonathan Boareto dos Reis difahamkan sudah meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) selepas setahun menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 bersama pasukan berpangkalan di Utara tanah air berkenaan.
Perpisahannya diketahui selepas pemain yang sering berperanan sebagai penyerang kedua Kedah itu mengumumkan pasukan baharunya untuk saingan musim baharu ini.
Pemain dikenali dengan nama Jonathan Balotelli itu menerusi Instagram peribadinya memuat naik gambar menyarung jersi merah kuning sambil menulis kapsyen ‘seronok dapat kembali berkhidmat di negara yang banyak berikan saya kegembiraan’.