KETIKA sesi pra musim berlangsung, pelbagai isu boleh berlaku kepada sebuah pasukan Liga Malaysia (Liga M) sama ada ia membabitkan perebutan pemain mahupun barisan kejurulatihan.
Selain situasi pemain dicaras oleh pasukan lain, ada juga kisah bintang import yang ‘ghaib’ tanpa sebarang notis walaupun sudah bersetuju untuk kekal dalam perancangan kelab di musim baharu.
Kisah sebegitu rupa pernah berlaku ketika persiapan kem pra musim The Rhinos apabila mereka ‘kehilangan’ pemain import kelahiran Singapura, Fazrul Nawaz dan pengurus pasukan, George O’Callaghan hampir 10 tahun lepas.