SATU berita mengejutkan dunia bola sepak Asia apabila pasukan kebangsaan Oman mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ketua Jurulatih, Branko Ivankovic pada Jumaat, lapor Stadium Astro.
Ia susulan selepas kegagalan pasukan Oman untuk meneruskan perjuangan ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 di Qatar.
Oman yang diundi dalam Kumpulan F meraih dua keputusan seri dan satu kalah merangkumkan perjalanan Oman di Qatar sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16.