USAHA Kelantan FC untuk menyertai saingan Liga A1 Semi Pro masih belum dimuktamadkan kerana kelab Pantai Timur itu masih belum menyelesaikan proses pendaftaran pemain.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Mohd Raimi Fikri berkata, pihaknya sudah memberikan talian hayat baharu buat skuad The Red Warriors (TRW), namun masih belum mendapat sebarang perkembangan setakat ini.
“Kalau diikutkan, Kelantan FC sebelum ini diberikan tarikh sehingga 8 Mei lalu untuk mendaftarkan minimum 20 pemain. Namun, terdapat perbincangan untuk meminta sedikit penangguhan dengan membawa bukti mereka sedang berusaha.