BEKAS pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sah tinggalkan kelab Liga Super iaitu Selangor FC menerusi persetujuan bersama.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Selangor, pengendali itu memilih untuk meninggalkan Gergasi Merah selepas mendapat tawaran untuk menguruskan kelab di Liga Thailand.
“Selangor FC dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuatkuasa secara serta-merta.