PASUKAN kebangsaan berkemungkinan akan menerima khidmat tonggak baharu apabilla difahamkan sedang menunggu ketibaan dua pemain yang sedang beraksi di England iaitu Josh Brownhill dan Zian Flemming.
Sebelum ini, Brownhill yang juga merupakan ketua pasukan Burnley dikhabarkan mempunyai pertalian darah keturunan England-Malaysia melalui neneknya dan bersifat terbuka untuk mewakili pasukan kebangsaan.
Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris musim lalu dan menjadi tonggak utama buat Burnley dengan telah membuat 33 penampilan serta menjaringkan empat gol serta dua bantuan jaringan.