PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil berasa suka dalam duka selepas skuadnya tumpas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Ahad.
Kekalahan itu membuka lebih luas jurang antara kedua-dua kelab dengan JDT kini berada di depan Selangor sebanyak lapan mata.
Nidzam tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila tumpas dengan keputusan sebegitu di laman sendiri.