USAHA melepaskan diri daripada kelompok 10 pasukan terendah Liga Perdana Inggeris (EPL) diteruskan Manchester United yang baru-baru ini merekodkan kemenangan ke atas Leicester City.
Keputusan diraih pada 17 Mac lalu itu menyaksikan skuad The Red Devils mendaki ke tangga ke-13 liga yang turut meletakkan mereka di atas Tottenham Hotspur.
Namun, ujian getir menanti anak-anak buah Ruben Amorim yang akan berdepan pasukan di tangga ketiga, Nottingham Forest di tempat lawan pada 2 April nanti.