LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan Kelantan Darul Naim (KDN) FC tiada sebarang isu tunggakan gaji seperti mana digemburkan sesetengah bekas pemain di media sosial.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Khamis, badan pengelola Liga Super itu menjelaskan masalah hanya dihadapi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) pasukan, sekali gus membolehkan kelab Pantai Timur tersebut memperolehi lesen kebangsaan.
“First Instance Body (FIB) menerusi Unit Pelesenan Kelab MFL membuat semakan dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan mengesahkan KDN FC tidak memiliki tunggakan gaji bagi pasukan utama Liga Super KDN FC setakat 31 Disember 2024.