KESETIAAN dalam bola sepak moden merupakan satu perkara yang mahal. Masa kini, pemain lebih cenderung berpindah ke pelbagai kelab sebaik saja menerima tawaran lebih baik.
Namun begitu, ia tidak bermakna kesetiaan sudah tiada dalam bola sepak. Malah, di Liga Super, masih ada pemain yang setia bersama sesebuah kelab untuk tempoh lama melebihi 10 tahun.
Jika di England, pemain-pemain ini sudah layak menerima satu perlawanan ‘testimonial’ bagi meraikan kesetiaan mereka bersama kelab diwakili.